Tikus sebagai haiwan ujikaji makmal? mengapa?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca semua.
Pada hari yang indah ini saya ingin berkongsi tentang satu info berkenaan mengapakah tikus seringkali dijadikan haiwan ujikaji makmal dan bukannya haiwan yang lain?


Tikus merupakan haiwan yang memainkan peranan yang penting dalam haiwan ujikaji dalam makmal atas tujuan penyelidikan dan sebagainya. Dari tujuan mencari penawar kanser sehingga kosmetik dan juga menguji makanan, semuanya kebanyakan menggunakan tikus. 

Tetapi mengapa tikus? Menurut Foundation for Biomedical Research (FBR), 95% haiwan makmal adalah tikus. Para penyelidik kebanyakannya memerlukan tikus bagi bahan ujikaji mereka atas beberapa sebab. Pertama, tikus merupakan haiwan yang kecil dan mudah dipelihara. Ia juga senang dikendalikan dan disimpan mengikut persekitaran. 

Dengan jumlah tikus yang banyak dan senang membiak, para saintis dapat menggunakan mereka tanpa terhad. Mereka juga senang untuk disimpan dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Ia memiliki umur yang singkat dalam 2-3 tahun. 

“Tikus merupakan mamalia yang memiliki banyak persamaan seperti manusia dan mampu digunakan untuk tujuan ujikaji,” ujar wakil dari National Institute of Health (NIH), Jenny Haliski.

Semakin lama, persamaan itu telah menjadi semakin ketara. Kini, saintis dapat mengembangkan penyelidikan menghasilkan "tikus transgenik" yang membawa gen serupa penyebab penyakit manusia. Tikus juga memiliki keefisienan kerana anatomi, genetik dan fisiologinya dapat difahami dengan lebih mudah oleh para saintis. 

Penyakit seperti tekanan darah tinggi, Parkinson, alzheimer, kanser, AIDS, HIV dan lain-lain merupakan antara contoh penyakit manusia yang telah menggunakan tikus sebagai ujian bagi melakukan penyelidikan bagi mencari penawar penyakit-penyakit tersebut.

Tikus ini juga digunakan bagi menguji ubat anti ketagihan dadah dan sekiranya berjaya, ubat tersebut mampu menghentikan ketagihan.

"Menggunakan haiwan penting untuk pemahaman secara saintifik sistem pertahanan badan manusia. Seterusnya menghasilkan ubat dan penawar penyembuhan berguna." ujar Haliski.


Sumber: wisegeek.org

CONVERSATION

1 comments:

Back
to top