Katakan Tidak Pada Straw!

Image result for katakan tidak pada straw

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

          Tahukah anda bahawa di Amerika Syarikat sahaja hampir 500 juta straw digunakan setiap hari. Jumlah ini sahaja sudah mencukupi untuk melilit Bumi sebanyak dua kali!

          Straw-straw ini sama sahaja seperti bahan plastik yang merupakan satu bahan yang sukar untuk dilupuskan. Hal ini secara tidak langsung telah menyebabkan pencemaran kepada kehidupan marin. Kebanyakan straw ini telah mencederakan kehidupan laut yang telah menyebabkan mereka mati akibat tertelan sisa buangan ini. 



          Disebabkan itu, kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif bagi menghalang perkara ini dari terus berlaku. Pengusaha kedai makan dilarang menggunakan straw plastik ini kepada pengguna. Kedai makan fast food seperti McDonald, KFC, Texas Chicken dan lain-lain juga telah melaksanakan perkara ini. Hal ini menunjukkan betapa seriusnya perkara ini. 

         Tetapi alangkah malangnya, masih terdapat masyarakat yang lupa dan tidak mengambil berat tentang isu ini. Mereka merasakan ianya bukanlah satu perkara yang penting. 


"Alah!, straw je pun. kecik je apalah sangat."


         Begitulah antara persepsi masyarakat kini yang merasakan ianya merupakan satu perkara yang remeh. Seharusnya kita sebagai rakyat di bumi ini, perlulah bersama-sama berganding bahu memelihara alam sekitar kerana ianya merupakan harta kurnian Allah yang terindah. Janganlah kita merosakkan ciptaan tuhan. Pelbagai cara dapat kita lakukan antaranya menggunakan straw besi yang boleh dipakai guna berkali-kali. 


Bersama-sama kita memelihara dan memulihara bumi!

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top