Isu Semasa : Perkahwinan Bawah Umur

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sejak kebelakangan ini kita dikejutkan akan kisah yang tular di laman sosial berkaitan perkahwinan seorang gadis dengan seorang lelaki yang berumur lingkungan 50-an. Dan juga berkenaan seorang lelaki berumur 50-an telah berkahwin selama 19 kali dan kebanyakan bekas isterinya merupakan bawah umur. Perkara sebegini dilihat sebagai satu topik yang hangat diperkatakan kebelakangan ini. Adakah perkahwinan tersebut dapat dilihat sebagai sesuatau yang baik atau buruk?

Berdasarkan statistik di atas yang diperolehi dari Jabatan Kehakiman Shariah Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara, membuktikan bahawa kes perkahwinan bawah umur melebihi 900 ker dari tahun 2010 hingga 2-15.

Jika dilihat pada skop hari ini, amat sukar untuk kita memberikan satu keputusan yang muktamad akan perkara ini. Hal ini dilihat sebagai satu perkara yang serius sehingga diperdebatkan di peringkat parlimen atas impak yang akan berlaku sekiranya perkahwinan bawah umur menjadi norma dalam masyarakat hari ini. Satu hujah yang menarik mengatakan bahawa perkahwinan tersebut dapat mengurangkan masalah sosial seperti hubungan luar nikah dan lain-lain.

Pada pendapat saya, perkara ini perlu dilihat untuk jangka masa yang panjang. Pertama, gadis bawah umur yang sudah berkahwin pastinya tidak dapat menghabiskan proses pembelajarannya di peringkat sekolah. Ini dapat dilihat sebagai perkara yang akan menggoyahkan institusi rumah tangga. Walaupun terdapat beberapa skop pekerjaan hari ini yang tidak memerlukan sijil SPM, sukar buat si isteri untuk mendapatkan sumber kewangan yang kukuh untuk membantu mengukuhkan kewangan keluarga. Selepas itu, pemikiran tidak matang akan menambah lagi keperitan bagi mengekalkan sebuah keluarga. Keputusan yang dibuat, cara menyelesaikan masalah dan beberapa perkara lagi memerlukan kematangan dalam pemikiran untuk mengelakkan perbalahan.

Apakah kesan yang akan berlaku terhadap kanak-kanak yang bawah umur itu? Kesan mental dan fizikal perlulah di ambil berat oleh semua pihak. Mereka tidak mampu menjalankan tangunggjawab sebagai seorang isteri. Mereka mempunyai perjalanan hidup yang lama lagi dan pelbagai perkara mereka harus fikirkan terlebih dahulu. Pendidikan, masa depan, pengalaman, pekerjaan dan sebagainya. 

Kesimpulannya, perkahwinan bawah umur jika dilihat perkara ini di atas permukaan sahaja, mungkin dapat memberikan kebaikan dalam jangka masa pendek dalam mengurangkan kadar keruntuhan akhlak anak muda hari ini. Namun begitu, orang ramai perlu melihat hal ini melalui pelbagai aspek yang lebih penting terutama kesan terhadap kanak-kanak itu. Tambahan pula, kita perlu mementingkan kesan jangka masa panjang atas sebuah keputusan yang dilakukan. Semua pihak perlulah berganding bahu untuk menangani perkara sebegini dari terus terjadi dalam negara kita. Hentikan kes sebegini, jangan kita memberi peluang kepada pedofilia atas alasan "cinta" dan tanggungjawab untuk menjaga mereka bawah umur. 

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top