Keindahan Piramid

Assalamualaikum dan selamat petang buat pembaca sekalian.
Hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit berkenaa keindahan piramid Giza yang terletak di Mesir, tempat kelahiran saya yang amat saya rindui.

       The Great Pyramid of Giza, atau lebih dikenali sebagai Piramid Giza adalah sebuah 'karya' agung purba yang sangat misteri. Ianya dibina dengan ketepatan yang sangat terperinci, dan teknologi masa kini masih lagi tidak mampu menandingi pencapaian tamadun Mesir Purba tersebut. Walaupun pelbagai penyelidikan dan kajian telah dilakukan, tetapi para saintis masih gagal menemui teknologi yang secanggih ini. Menurut analisis sejarah, Piramid Giza telah dibina antara tahun 2580 BC hingga 2560 BC, oleh dinasti ke-4 empayar Mesir. 


Image result for pyramid giza

       Piramid Giza dianggarkan mempunyai sekitar 2,300,000 (2.3 juta) blok batu, yang kebanyakan daripadanya mempunyai berat antara 2 hingga 30 ton (1 ton = 1,000 kilogram), manakala, terdapat juga sesetengah blok batu yang mempunyai berat melebihi 50 ton. 

       Suhu dalaman Piramid Giza adalah sangat stabil, iaitu bersamaan dengan purata suhu Bumi, 20 darjah Celcius. Selain itu, batu penjuru asas piramid ini dilengkapi dengan binaan bola dan soket bagi menghadapi pengembangan disebabkan haba, dan menghadapi sebarang bencana alam, terutamanya gempa bumi. 

       Terdapat sebuah laluan di dalam piramid yang dikenali sebagai 'Descending Passage' yang  kedudukannya menghadap bintang Alpha Draconis (Thuban), pada sekitar tahun 2170 - 2144 BC. Ini merupakan Bintang Utara pada masa itu, satu-satunya bintang yang berada pada kedudukan sejajar dengan laluan Descending Passage

       Piramid Giza, yang turut dikenali sebagai Piramid Khufu juga adalah satu-satunya struktur binaan manusia yang tertua dan terbesar dan dapat dilihat sehingga kini. Dengan ketinggian 146 meter, piramid ini adalah struktur paling tinggi di dunia untuk tempoh 3,800 tahun.

          Piramid Giza merupakan salah satu ciptaan yang amat dikagumi oleh seluruh negara. Sekiranya anda berpeluang pergi ke Mesir, janganlah lupa untuk melawat keindahan alam ini.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top