Sukarelawan di Zoo Negara?

Assalamualaikum dan selamat tengah hari buat pembaca sekalian,
dan salam berpuasa.


        Beberapa hari yang lalu, saya telah membaca satu artikel berkenaan Zoo Negara yang mengalu-alukan kedatangan pengunjung atas sebab tertentu. Zoo Negara kini semakin lama semakin kurang pengunjung datang kerana sesetengah masyarakat lebih gemar melawat tempat lain seperti Legoland, Muzium, KLCC dan sebagainya. Hal ini telah menyebabkan mereka kekurangan dana untuk memelihara haiwan-haiwan itu dengan sebaiknya. 



       Pihak Zoo Negara telah mengeluarkan penyataan berkenaan di mana haiwan-haiwan di Zoo Negara ini memerlukan dana untuk makanan dan juga penjagaan kesihatan mereka. Maka, sokongan dari rakyat Malaysia atau pelancong asing amatlah digalakkan.

      Selain dari mengunjung ke Zoo Negara, mereka juga telah menawarkan satu program iaitu Program Sukarelawan Zoo Negara terbuka buat semua penduduk yang berusia 16 tahun ke atas. Program Sukarelawan Zoo Negara ini jufa sesuai untuk pencinta haiwan atau sesiapa yang mencari aktiviti menarik pada hujung minggu. Sebagai volunteer anda dapat melihat apa yang berlaku disebalik tabir di Zoo Negara dan anda juga dapat pengalaman berkerja seperti Zoo Keeper untuk sehari.

Antara kelebihan menyertai program ini adalah:


• Dapat melakukan kerja amal sambil membantu haiwan.
• Dapat melihat gelagat haiwan liar sambil belajar serba sedikit mengenai perlakuan semulajadi mereka.
• Berpeluang untuk menimba pengetahuan mengenai cara pengendalian haiwan yang betul disamping dapat belajar kepentingan memelihara hidupan liar yang kian terancam.
• Bertemu kawan dan menambah pengalaman.

Yuran penyertaan RM56 termasuk:


1) Tiket masuk Zoo termasuk lawatan ke Giant Panda 
** Bayaran akan disalurkan ke tabung penjagaan & pemuliharaan haiwan di Zoo Negara. Lawatan ke Giant Panda hanya untuk Volunteer baru sahaja.
2) Tshirt Volunteer (Microfibre - Vómos)
3) Penyertaan percuma selama setahun untuk kembali sebagai volunteer (Returning Volunteer)


Untuk melihat jadual program atau informasi dengan lebih lanjut boleh melayari laman web rasmi Zoo Negara atau hubungi nombor di bawah,


☎️ 011-27420755 (Fatihha)
Email : programsukarelawan@gmail.com

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top