Gejala Melepak
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Perkataan ‘lepak’ sudah tidak asing lagi kepada masyarakat di Malaysia pada hari ini. Sebelum tahun 1980-an, kita tidak pernah didedahkan dengan perkataan ini namun sekitar tahun 1991 sehingga 1993, budaya lepak telah mendapat perhatian yang serius di kalangan masyarakat.
Budaya lepak ini menjadi sesuatu yang tidak asing lagi kepada masyarakat terutamanya golongan remaja dan telah menular di kalangan pelajar-pelajar sekolah dan ianya semakin sukar untuk dibendung. Memandangkan budaya lepak ini boleh menimbulkan masalah kepada kita, beberapa pihak sama ada individu mahupun kumpulan telah membuat beberapa kajian untuk melihat punca dan kesan gejala ini terhadap masyarakat sekeliling.
Melepak ini bukannya datang secara tiba-tiba tetapi pasti ada sebab tertentu yang menjadikan seseorang itu melepak.
Pelbagai punca yang menyebabkan terjadinya budaya melepak ini, antaranya ialah :
1- Sikap ibu bapa yang tidak mendidik anak-anak dengan didikan agama dan mengambil berat mengenai mereka.
2-Pengaruh rakan sebaya yang menyebabkan mereka sentiasa terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan untuk mencuba sesuatu perkara yang baru.
3-Pengaruh media massa seperti rancangan televisyen atau radio daripada negara barat telah mendominasikan pemikiran mereka.
4-Kawasan melepak seperti pusat membeli belah , kedai mamak, di bawah jambatan, laluan di tepi jalan dan lain-lain yang menyebabkan remaja gemar untuk melepak.
Mereka akan mendapat tekanan emosi serta akan mula melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral yang mendatangkan pellbagai kesan contohnya:
1- Merompak.
2-Melawan kata-kata ibu bapa.
3-Pergaulan bebas.
4-Vandalisme.
5-Ponteng kelas.
Akibatnya mereka golongan remaja ini akan menjatuhkan nama baik negara kita, sekali gus memusnahkan pemuda pemudi harapan negara.Bukan itu sahaja golongan remaja ini akan memburukkan nama keluarga, guru dan masyarakat. Ramai insan-insan yang terlibat dalam perbuatan budaya melepak ini.
Maka dengan itu, dalam hal ini semua pihak perlulah berganding bahu bagi membanteras senario ini dari terus berlaku terutama dalam kalangan remaja. Remaja merupakan tulang belakang negara kita pada masa hadapan. Maka ibubapa, kerajaan, pihak sekolah perlulah mengambil berat perkara ini. Setiap individu itu juga perlu mengawal diri dari terpengaruh atau terjebak dengan perkara yang tidak bermanfaat ini.