Mustafa Kamal Ataturk: Penegak Agenda Yahudi

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca yang dikasihi sekalian,




Pada hari yang indah ini saya tergerak hati untuk menulis di blog saya berkenaan pendapat saya berkenaan sebuah buku yang telah habis dibaca. Buku yang bertajuk Mustafa Kamal Ataturk: Penegak Agenda Yahudi yang ditulis oleh Abdul Latip Talib ini amatlah menarik kerana ianya bukan sahaja menceritakan dengan secara terperinci berkenaan siapakah Mustafa Kamal Ataturk ini, malahan ianya juga mempunyai sejarah penubuhan negara Turki dan terdapat juga pengajaran yang amat bermakna buat pembaca. Buku ini diterbitkan pada tahun 2011 oleh PTS Litera Utama Sdn Bhd. 

Pada awalnya, penulis menceritakan berkenaan biodata diri Mustafa Kamal dan sejarah hidupnya sebelum menjadi pengasas Republik Turki. Beliau dilahirkan pada tahun 12 Mac 1881. Beliau merupakan seorang pegawai tentera, negarawan dan juga pemimpin Turki yang pertama. Semasa beliau menjadi pegawai tentera, angkatan tenteranya berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin.

Sejak itu, beliau telah memindahkan ibu negara Turki iaitu Istanbul ke Angora yang kini lebih dikenali sebagai Ankara. Mustafa Kamal telah membentuk semula kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan peredaran semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan bagi menyediakan Turki ke arah negara yang lebih moden, sekular, positif dan bertindak rasional. Beliau memerintah Turki dari tahun 1918 hingga 1934.
Namun demikian, walaupun beliau amat berpengaruh dan berkuasa, secara tidak langsung beliau telah mendatangkan pelbagai kemusnahan terutama dari segi agama islam. Antaranya, membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat memakai skirt, lelaki pula memakai seluar panjang dengan syarat memakai tali leher dan topi (mengikut unsur barat). Selain itu, menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti di Ankara. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden". Kemudian, beliau menggalakkan minum arak secara terbuka. Hal ini jelas menunjukkan bahawa beliau sebagai pemerintah Turki telah jauh dari agama islam. 
Saya amat meminati cara penulis menulis jalan cerita kekejaman dan kejahilan yang telah dilakukan oleh Mustafa Kamal ini kerana ianya amat terperinci dan menjelaskan bahawa beliau sememangnya seorang pemerintah dan muslim yang gagal. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara, beliau juga menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan. Adakah pemerintah yang sebegini kita mahukan?
Babak yang terakhir menceritakan berkenaan kematian Mustafa Kamal Ataturk yang penuh azab. Pada saat kematiannya, Allah telah mendatangkan pelbagai azab dan penyakit yang amat berat baginya. Antaranya, penyakit kulit hingga ke kaki sehingga beliau merasa kegatalan yang amat sangat, sakit jantung, penyakit darah tinggi. 
Apabila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya.
Setelah cuba banyak kali, mereka berputus asa dan mengambil keputusan agar mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Maka, mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Hal ini menjelaskan bahawa segala tindakan kita di muka bumi ini akan ada balasannya. Meskipun di akhirat mahupun di dunia. Janganlah kita lupa akan ajaran dan amanah yang diberikan oleh Allah swt kepada kita.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top