Gejala LGBT?


Assalamualaikum, dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian. 




Beberapa hari yang lalu, setelah saya mengakses Twitter dah laman media sosial yang lain, saya perasan bahawa gejala lgbt semakin berleluasa. Terdapat sebuah video yang telah menjadi viral di twitter iaitu beberapa orang pemuda melakukan aksi yang tidak senonoh menggunakan "instagram live". Hal ini telah mengejutkan ramai orang kerana mereka begitu berani melakukan perkara tersebut kepada khalayak ramai. 

Hal ini telah menyebabkan saya terfikir, apa yang telah terjadi pada umat islam kini? gejalan LGBT yang semakin menular tidak kisah dalam kalangan remaja atau dewasa. Perkara ini menjadi tidak asing lagi malahan ianya juga ibarat sudah menjadi "trend" masa kini. 

Mengapakah perkara sebegini terjadi? bukankah sudah terang-terangan Allah swt sudah berkata bahawa jangan menjadi seperti kaum Lut. 

Pada pandangan saya, kita janganlah layani mereka sebagai musuh dan secara keji. Mereka juga berhak untuk dilayani seperti manusia yang mempunyai perasaan dan nyawa. Segelintir masyarakat telah menyalah anggap perkara sebegini, mereka merasakan dengan menggunakan kekerasan seperti memukul dan mencederakan mereka adalah cara yang terbaik untuk mengubah mereka. Hal ini amatlah salah kerana Nabi Muhammad tidak pernah menggunakan kekerasan apatah lagi memukul mereka yang ingkar kepada perintah Allah swt. 

Sebaiknya, kita perlulah menasihati mereka dengan menggunakan cara yang lembut dan tidak mengaibkan mereka. Sesungguhnya siapalah kita untuk menghukum mereka? Adakah kita lebih baik dari mereka? 

Manakala, tidak dapat dinafikan video viral itu amat memalukan dan tidak patut perkara sebegini terjadi. mereka melontarkan kata-kata dan aksi lucah kepada khalayak ramai, hal ini telah mencemarkan air muka kita sebagai umat islam. 

Bagaimanapun, sikap masyarakat hari ini turut meninggalkan impak terhadap perkembangan budaya songsang LGBT apabila kehadiran mereka seolah-olah disokong dan dirai malah setiap perbuatan dilakukan oleh golongan ini menjadi perhatian para masyarakat. Apabila ianya menjadi perhatian, maka ianya menular dan lama kelamaan menjadi perkara norma dalam kalangan masyarakat. 

Tindakan itu juga dilihat menjadi antara penyebab golongan LGBT tidak lagi malu atau segan-silu mengetengahkan kehidupan mereka, malahan berbangga mempunyai hubungan terlarang dengan kaum sejenis, serta bangga mempunyai bentuk badan ibarat wanita meskipun palsu dan tidak semulajadi. Hal ini telah menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top